Rindu

Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
sudah sekian lamanya aku tak menjenguk ke dada blog aku dan juga teman teman yang lain.
alhamdulillah kelihatan semuanya sihat sihat saja. coretan coretan dari blog mereka sangat menghiburkan tidak juga ada yang nampak kesayuan dicoretkan di blog nya. Walauapa pun aku berharap segala kegembiraan atau kesayuan yang dihadapi masing masing, aku amat berterimakasih kerana sudi berkongsi sama terutama dengan aku yang jauh, jauh di Kota Singa ini.
Bagi aku di sini, semuanya masih tetap sama walaupun status aku sudah bertukar . . .* senyum. Hari hari yang aku lalui penuh dengan cabaran. Kadang kala aku sendiri akan menjadi bimbang sekiranya kisah kisah silam datang menghantui aku lagi. Kesilapan kesilapan yang telah dibuat dulu mungkin tidak akan hilang lesap dari ingatan aku kini dan selamanya.
Aku bukanlah seorang baik jika dibandingkan dengan seorang yang rajin menunaikan perintah NYA dan aku pula tidak sejahat atau nakal dibandingkan dengan Dajjal. Aku percaya dengan erti kata " both Worlds", aku inginkan kedua duanya baik duniawi mahupun ukhrawi. Mungkin semua orang inginkan kedua duanya juga, sama seperti aku. Itu bukan suatu perkara yang mustahilkan. Apa saja yang ingin dilakukan berpada padalah kerana semua yang dilakukan akan diadili kelak.
Mungkin dulu tenaga masih kuat ada saja yang ingin dilakukan tapi kini tenaga di peringkat 'slow down' dan mungkin tidak lama lagi 'slow motion'. . . .* senyum. Berharap tidak lah hingga ke tahap 'slow motion', insyallah bertenaga sepanjangnya. Perjalanan hidup aku baru bermula dan masih panjang lagi perjalanannya untuk kehujungnya. Untuk teman teman, aku berdoa yang terbaik buat kalian semua, dipanjangkan umur dan murah rezeki dan tak lupa supaya kita semua dapat dipertemukan kesemuanya disuatu masa kelak. Rindu.
Assalamualaikum semua.


6 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
Bro...
Sebagai manusia, kita memang lemah dalam segala hal... Tidak lupa juga, kita memang sering melakukan kesilapan baik kecil mahupun besar..
Oleh itu, sentiasalah kita ingat mengingati antara satu sama lain supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang...
Yang lama itu, biarkan ia berlalu... Tiada apa yang boleh kita lakukan.. Jadikan ia sebagai pedoman dan pengajaran buat kita..
Bro selalu mengingatkan semua tentang kehidupan dan Reez rasa apa yang bro lalui banyak memberikan kesedaran.. Reez ingin berpesan bahawa bro skarang sudah mempunyai kehidupan yang harus dibanggakan... memiliki isteri yang penyayang dan ramai rakan2 yang sentiasa bersama bro... Bersyukurlah... Jangan lupa itu..
Ceria2 kanlah hari2 mu seperti mana dirimu menceriakan hari orang lain..
Take care dan terima kasih banyak2!!!
w'salam joe,
we might go to SG for sheila. may be...
take care yeah!
Bro Joe
tak semua manusia sempurna memang kenangan silam akan menghantui
sy pun bukan baik dan harap kesilapan lalu mengajar kita..
for ur info madi dapat keja kl semula!
take care!ada masa jenguklaa umah kat kuantan heh!
Best regards from NY!
» »
Best regards from NY! » »
Post a Comment
<< Home