Kembali
Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sekadar catatan...
Semasa aku masih kecil, semasa aku masih di sekolah rendah kerapkali aku berdoa dan meminta ke hadrat Illahi Yang Maha Pengasih.Aku tidak tahu kenapa itu yang aku pinta daripadanya selalu. Malahan ketika aku di sekolah menengah atas pun aku masih sering memanjatkan doa dengan maksud yang sama. Aku selalu bermohon dengan hati yang begitu luhur, penuh dengan harapan agar ia diperkenankan.
Aku bermohon agar usiaku dipanjangkan setakat 40 tahun saja. Aku tidak mahu hidup lebih dari tempoh itu. Aku rela di panggil kembali ke hadrat-Nya ketika aku masih muda... ketika aku masih belum begitu banyak menanggung dosa....ketika aku belum begitu kerap mengengkari perintah dan melanggari laranagan-Nya.
Logiknya, aku tidak mahu kiranya masa tua aku kelak akan turut membebankan mereka mereka yang terpaksa menjaga aku, menjaga sakit demam aku hatta perasaan aku. Aku rela untuk kembali pada usia itu andainya DIA sudi menerima permohonan aku yang telah berkali kali itu. Itu pun sekiranya ia adalah yang terbaik untuk aku.
Seandainya ia benar benar terjadi, aku berharap kepada yang tinggal di dunia yang fana ini agar merelakan pemergian aku itu. Jangan ia ditangisi, kelak akan memedihkan roh aku yang sedang bersemadi. Relakan pemergian ini dan andainya sudi dan masih ingat pada yang baik baik tentang diri aku, hadiahkanlah pahala daripada bacaaan ayat-ayat suci dan doakan ke ampunan daripada Illahi ke atas roh aku yang sudah tidak bermaya itu lagi dan jangan kiranya memuliakan tempat persemadian jenazah aku. Sesungguhnya, aku tidak berada di sana lagi, melainkan tulang dan rambut aku yang telah tidak memberi apa apa makna.
Ketahuilah, aku rela dengan pemergian ini kerana denganya aku berpeluang untuk segera berada di alam yang penuh damai tanpa sebarang dugaan dan hasutan kepuraan-puraan. Aku gembira sekali kerana dapat lebih awal kembali menemui Tuhan kita semua.
Seandainya terjadi, aku mohon keampunan daripada semua di atas kenakalan kata kata, tingkah laku yang tidak menyenangkan yang telah aku hamparkan di depan matamu semua. Mana yang termakan, aku mohon dihalalkan dan mana mana yang terhutang, ambillah sebarang tinggalan aku sebagai imbalannya.
Jangan ditangisi pemergian ini kerana sesungguh nya aku gembira sekali dengan kejadian ini. Seandainya kita terdiri daripada kalangan yang baik baik, maka kita bakal dapat bertemu di akhirat nanti, kalau diizinkan.
Amin....


10 Comments:
Walaupun hidup mati di tangan Nya, aku tahu dulu aku pun ada berfikir begini.
Tetapi...
Kalau setakat 40 aku cuma ada beberapa tahun lagi ajer...
So I changed my mind. But I dunno when... and i hope you'll grow old a healthy and happy granpa!
how cld u bear to leave ur wife and maybe kids.............
Teman ini hanya setakat catatan lama . . . pernah terlintas di minda tapi itu dulu.
Ada banyak lagi yang aku harus pelajari di dunia ini - ilmu ukhrawi.
perkara idup n mati ni tak leh dibawa memain. anyway same with me, eden pun samo gak hope tak nak menyusahkan org lain. biarlah diizinkan gi dgn aman. lame tul tak b'borak di layar blog ni? tek k, bro!
ketentuan ilahi dan habuan masing masing.
ajal maut di tanganNya ..insya allah ada bakal anak yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya..
my big bro !take care and ingatla masih ada kawan yang akan doakan kesejahteraan di sana!
Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»
Bro Joe...
Ketentuan Allah, tiada siapa yang tahu... Mungkin kita meminta supaya umur kita dipanjangkan setakat 40 tahun saja.. Belum tentu Allah makbulkan.... Kemungkinan besar, esok kita tiada peluang melihat alam fana ini... Oleh itu, kita digalakkan supaya berdoa supaya dikurniakan hayat agar dapat menunaikan apa yang perlu kita tunaikan...
Semoga Allah memberkati hidup dan dimurahkan rezeki kita sepanjang hayat...
Very nice site! »
This is very interesting site... children &aposs sofa Fl divorce Two tier affiliate program Why is my son gay Game time gym + bloomington il. Basic pilates moves Atlantic canadian paintball Us army field coat radar detector review site
Post a Comment
<< Home