Orang Baru
Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kali ini aku tidak tahu apa yang harus aku katakan atau coretkan. Perasaan aku kali ini amatlah mengembirakan di saat ini. Dari hari ini, detik ini dan saat ini akan aku menunggu dengan penuh debaran sekiranya apa yang selama ini aku dan isteriku dambakan akan menjadi nyata. Setiap pasangan yang berumahtangga inginkan zuriat untuk kebahagiaan rumahtangga mereka tersendiri dan tidak kecuali aku dan isteriku. Sudah kami lama merancang untuk mendapatkan seorang zuriat secepat mungkin. Walaupun mahligai kami masuk ke bulan yang ke tiga namun untuk mendapat seorang zuriat is a.... YES!!
Selalunya, sang isteri yang menampakan karakteristik2 kehamilan dengan merasa loya di pagi hari yang dipanggil ' morning sickness ' , cara makan yang berlebihan ataupun suka memakan makanan2 yang masam2. Tapi apa yang aku dan isteriku alami adalah sebaliknya. Ha ha ha . . . Bukan isteriku yang mengalaminya tetapi aku pula yang mengalami karakteristik2 itu - perasaan loya 'yang merungsingkan aku' dan suka memakan makananan2 yang masam2.

Minggu ini adalah minggu yang ke 5, isteriku kelambatan untuk mendatang 'sakit wanitanya'. . .ehem! Aku harap kalian faham akan ertikata 'sakit wanita' itu. Besar kemungkinan, isteriku sudah pun berbadan dua namun kami berdua akan menunggu seminggu dua lagi untuk berjumpa dengan pakar doktor wanita untuk mengesahkannya. Mungkin tidak lama lagi ada orang baru yang akan mewarnai rumahtangga kami, insyallah. Namun perasan resah dan bercampur gembira dapat aku rasakan walaupun tidak aku tunjukkan diluaran. Resah kerana takut , ' it's a false alarm ' dan gembira pula kerana mungkin tidak lama lagi aku akan menjadi seorang ayah!! * senyum
Walauapa pun akan kami berdua nantikan keputusannya dengan penuh debaran. Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Akan aku umumkan jika rezeki itu bergolek dan berpaling pada kami berdua di dalam luahan/coretan aku yang akan datang.

I am so happy!!! Wish me luck, guys!!


10 Comments:
I am so happy tooooo!!!
TAHNIAH in advance
TAHNIAH in advance
TAHNIAH in advance
Terimakasih Dee... Boleh lah you & Dia jadi the God-father for my kid... he he he
Tak sabar menunggu!!
all the best...
banyakkan berdoa...
insyaAllah
setiap kurniaan rezeki dari Yang Esa...
Alhamdulillah.
Tahniah ..insya allah saya di sini mendoakan agar Joe dan isteri memperolehi anak..saya dapatlaa anak buah baru blh kan..
Good Luck Joe and Wife..u Like my bro and sis!
Madi
Terimakasih Madi.... dapatlah Madi satu lagi anak buah ya .... ha ha ha.
Ye ye, my big bro insya Allah dpt zuriat. Me tumpang gembira 4 both of u. hopefully ramalanmu benor berlaka. emm... tak sbr eden jd a good God father. hehehe. miss u my big bro!! tek k...
Really?! So fast!!!?? All the best bro! Happy fathers' day in advance! Hope the news is not a false alarm. hehe..
Tahniah! Saya masih tunggu lagi. Kepada sesiapa yang masih tunggu boleh join forum saya kat myong.forumer.com
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »
Very cool design! Useful information. Go on! film editing classes
Post a Comment
<< Home